TEMPAT MENARIK DI PENANG (OOTD & MAKANAN)
Assalamualaikum semua, dah lama tak bukak blog ni berhabuk sungguh ha. Tetiba rasa nk kembali aktif kat alam blogger ni cehh. So, first thing yang terlintas kat otak ni nak buat review tempat-tempat menarik yang Ila dah pergi. Macam sayang pulak tak masukkan moment-moment best kat sini. Boleh la korang yang cari tempat-tempat best around Penang tu jenguk jap blogger ni. Mana tau membantukan. Sebenarnya Ila dah lama dah jalan kat Penang ni. First time pegi lepas habis SPM 2017 kalau tak silap la. Pastu beberapa bulan lepas tu, dapat pulak tawaran kat USM pulai oi. Kena lah pegi balik ke Penang. Jadi, banyak gak lah tempat dah ditawan sampai tak larat nak pegi dah. HAHA.
1) BUKIT BENDERA
Kalau datang Penang tapi tak pegi kat sini, namanya bukan jalan ke Penang la kan.Tempat wajib korang pegi ya kalau datang sini. Ni antara gambar yang Ila ambik kat sana. Ada yang 2017 punya and 2018 punya. Sama je tempat dia tak de apo yang berubah yo. HAHA. Tapi Ila baru merasa pergi time siang. Malam pun dibuka okay. Cuma kalau malam korang nampak la lampu-lampu bangunan kat Penang tu. Cantik gak. Kalau siang korang nampak la pemandangan luas Penang tu dari atas. Harga tiket dalam RM 10 untuk adult and RM 6 untuk kanak-kanak.
Maybe Ila rasa tahun 2020 ni harga dah belainan rasanya, mungkin tambah 2 ringgit macam tu dah.
Untuk book tiket online korang boleh click ni http://www.penanghill.gov.my/index.php/en/tickets.html.
Untuk student ada student price tau, just tunjuk kad matrik korang je kat kaunter nanti ada discount okay. And suka untuk Ila ingat kan ya, kalau nak pergi sini please datang seawal pagi sebab kalau korang lambat datang, terpaksa la korang beratuq panjang untuk dapatkan tiket ya. Lepas beratur untuk dapat tiket kena beratuq panjang lagi untuk naik train tu pulak. So, datang awal pagi okay !
Kat atas ni ada lovelock padlock ala2 macam kat Korea itu ler. Tapi macam biase kena bayar kalau nak tulis nama and gantung kat situ. Tiada apa yang percuma di dunia ini sobs sobs. |
Sesuai la untuk ootd kat tempat ni. Jangan lupa pakai cantik2 ok ! |
Ni kat atas bukit bendera tu . 2017 kot ni, aku posing apa camtu HAHA |
Antara pemandangan yang sojuk mata memandang ye hehe |
Dalam train nak naik atas tu, cantikk ! time pegi ni baru lepas hujan tu yang kabus2 gitu sojukk. |
Jalan around Penang Hill. Jangan lupa ambik gambar berlatar belakangkan bunga2 kat dinding tu ya. Cantik. Time ni pegi tak banyak bunga, 2018 gi hari tu banyak bunga rambang mata nak ambik gamba kat mano. HAHA |
So, overall worth it la gi sini untuk tengok pemandangan Penang dari atas bukit. Untuk ootd juga. Kat atas tu ada juga tempat makan best2. Ada pelbagai aiskrim yang korang wajib try. Harga mahal sikit la tapi bole la try kalau datang Penang sekali sekala kan. And kat atas Penang Hill tu ada juga tempat lain macam Little Village Hill, Dataran Bukit Bendera, Owl Museum and The Habitat. Ada juga perkhidmatan Buggy yang pemandunya akan bawa korang berjalan sekitar Pening Hill. Perkhidmatan ni berbayar juga dalam RM 30 pergi balik.
The Habitat. Ila tak masuk ke sini sebab harga dia pergh mahal. Tapi for sure pemandangan atas ni lagi cantik sebab ia merupakan taman hutan dengan pemandagan kelas dunia ye. Jadi yang suka sangat nature tu wajib pergi kat sini ya. |
Ulasan
Catat Ulasan